Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. 
Titah baginda itu disampaikan kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim pada Rabu malam.
"Saya terharu dengan respons rakyat saya. Tolong jangan terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan rumah itu.
Proses yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang layak diberikan pertimbangan," titah Sultan Ibrahim. 
Setakat pukul 7 malam Rabu, 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa Johor.
Projek berkenaan, yang dilancarkan petang Rabu, merupakan hasil cetusan idea Sultan Johor, yang turut memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki rumah dengan harga serendah RM80,000.
Kepada mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran dalam talian menerusi http://www.yayasansultanibrahim.org.my. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana