Jangan terperangkap fitnah, agenda jahat pembangkang menjelang PRU14

Pembohongan sudah sebati dengan pembangkang.

Justeru itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat menyemak dan meneliti setiap berita disebarkan pembangkang.

Dalam cataran dilaman sosial miliknya sebentar tadi, Najib juga meminta rakyat jangan terperangkap dengan agenda jahat pembangkang terutama menjelang PRU 14.

Pembangkang memburukkan kerajaan hingga keluar negara berhubung isu Lynas

Beliau turut membangkitkan semula pembohongan pembangkang  termasuk isu kilang Lynas dan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh, yang dijaja pada PRU 13.

“Terbukti semua ini pembohongan semata-mata. Berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih, sebaliknya untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.

“Bagi mereka, berbohong perkara biasa, asalkan dapat raih undi buat mereka,” katanya.

Najib berkata, isu Lynas hangat diperkatakan angkara agenda pembangkang yang memberi gambaran seolah-olah wujud sebuah kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana mengeluarkan radiasi tinggi.

Bagaimanapun, katanya, isu itu kini senyap sepi, malah ‘batang hidung’ mereka yang mencanang pembohongan berkenaan kepada rakyat terus lesap.

“Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menunjukkan tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di Kuantan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana