Jangan Nak Meroyan Lah Boboiii!!!! PPBM boleh tarik ahli Umno sertai pembangkang, kata Mukhriz

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyambut baik keputusan Pakatan Harapan (PH) yang sebulat suara menerima kemasukan parti itu sebagai ahli baru gabungan berkenaan.
 
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penyertaan PPBM diyakini akan menjadi nilai tambah kepada PH, khususnya dalam menarik sokongan ahli Umno terhadap gabungan itu.    
 
"Itu yang kita harap-harapkan, dan kita ucap terima kasih di atas kesediaan pucuk kepimpinan PH untuk menerima penyertaan PPBM.
 
"Jadi, selepas ini kita harap kita dapat bergerak sebagai satu pasukan, walaupun sebelum ini kita bergerak bersama tapi PPBM dilihat sebagai sebuah parti yang sekadar bekerjasama dengan PH tetapi tidak sebahagian (gabungan).
 
"Yang diakui semua pihak termasuk rakan-rakan di PH ialah keupayaan PPBM untuk menarik sokongan dari kalangan ahli dan penyokong. Itu nilai tambah kami dalam gabungan ini," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
 
Tambah mantan Menteri Besar Kedah itu, beliau mengharapkan kerjasama yang dipupuk antara keempat-empat parti komponen mampu meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu merupakan kerajaan alternatif yang menanti peluang untuk diberi mandat pada pilihan raya akan datang.
 
Mengulas bersabit cadangan PPBM kepada PH yang meminta agar nama gabungan disesuaikan serta pewujudan satu logo dan manifesto bagi menghadapi PRU14, ujar Mukhriz lagi, ia masih diperingkat perbincangan.   
 
Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini mengumumkan sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota terbaru gabungan itu.
 
PH juga bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini manisfestonya menuju PRU14 untuk disesuaikan dengan penyertaan PPBM ke dalam gagasan itu. 
 
"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada Bersatu (PPBM) untuk memaklumkan perkara tersebut.
 
"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Amanah.
 
Kenyataan itu ditandatangani bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
 
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar memberitahu Antarapos perubahan logo dan kemaskini manifesto PH akan dibincang secara berterusan dalam gagasan itu selepas ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana