Ini Semua Adalah Percaturan Politik Mahathir

Bukan sukar untuk mengagak, apa yang cuba dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sejak beliau berada di kem pembangkang. Seperti mempunyai misinya yang tersendiri, Mahathir dilihat cukup aktif menyerang UMNO dan Barisan Nasional, parti yang telah mengangkat dirinya ke puncak kuasa di Malaysia. Malah, Mahathir juga dilihat bergerak aktif bersama-sama PAN menyerang kedudukan PAS.

Menariknya, baru-baru ini, Datuk Ezam Mohd Noor dilaporkan ingin menubuhkan satu lagi parti politik baru dan dikatakan turut disokong oleh seorang lagi pentaksub Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Di katakan, parti baru Ezam ini adalah sebuah parti yang bebas dari sebarang unsur rasuah dan akan dikendalikan dengan penuh berkesan.

Persoalannya, perlukah wujud satu lagi parti politik hanya disebabkan berlainan idealogi? Apabila membicarakan kemungkinan wujudnya parti politik baru ini, sebenarnya ianya tidak menjadi kesalahan. Malaysia mengamalkan dasar politik demokrasi yang sihat di mana sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti politik sendiri tanpa ada sebarang sekatan.

Namun begitu, melihat kepada jumlah pengundi berdaftar, kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan serta jumlah keseluruhan rakyat Malaysia, nampaknya seperti ada yang tidak kena dengan hasrat Ezam ini. Tambahan pula, dengan latar belakang kedua-dua individu ini menampakkan, sememangnya penubuhan parti baru ini, memang mempunyai maksud tersirat.

Umum sedia maklum bahawa Mahathir sememangnya cukup berhasrat mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Beliau dikatakan sanggup melakukan apa sahaja asalkan hasratnya berjaya dilaksanakan. Justeru, beliau sanggup menubuhkan sebuah parti baru berasaskan kaum bumiputera yang kini sudahpun menyertai Pakatan Harapan.

Melihat kepada keutuhan ahli UMNO dan Barisan Nasional yang langsung tidak tergugat dengan kewujudan parti itu, beliau pastinya akan meminta mana-mana pihak yang berkepentingan untuk menubuhkan parti politik yang lain. Tujuannya mudah, untuk memecahkan undi kaum Melayu yang selama ini menjadi penyumbang kepada kemenangan UMNO sejak 13 Pilihan Raya Umum yang lalu.

Beliau sedar, situasi politik hari ini sememangnya carca merba. Kaum Cina lebih berminat memberi sokongan kepada DAP dengan undi kaum India juga hari ini kelihatan seperti terpecah. Kaum Melayu yang secara amnya adalah majoriti pengundi terbesar, pada perkiraan Mahathir, ianya harus dipecahkan lagi supaya UMNO tumbang pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Justeru, melihat akan kemungkinan ini, ada kemungkinan beliau meminta Ezam bersama-sama orang kanannya, Khairuddin, menubuhkan sebuah parti baru. Sebelum ini, Ezam dan Khairuddin diketahui memang mempunyai masalah dengan kepimpinan PPBM yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. Oleh yang demikian, peluang ini harus digunakan sebaiknya oleh Ezam dan Khairuddin untuk menarik seberapa ramai ahli UMNO keluar parti.

Beliau juga berharap, dengan kewujudan sebuah lagi parti berasaskan bumiputera, ianya memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan dan partinya untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 14. Bukankah ini yang dimahukan Mahathir selama ini?

Kesimpulan mudah, boleh dikatakan, apa sahaja pergerakan politik yang agak ganjil ini, sememangnya dimulakan dengan idea gila Mahathir. Mahathir sudah tidak lagi memperdulikan hak Ketuanan Melayu di Malaysia. Apa yang dipentingkannya adalah kuasa memerintah dengan Datuk Seri Mohd Najib, UMNO dan Barisan Nasional, ditumbangkan walau dengan apa jua cara sekalipun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana