Harapkan Pagar Pagar Makan Padi....Sarjan polis direman 3 hari ...Syabas SPRM

Seorang sarjan polis wanita direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes menerima suapan melepaskan seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan memiliki air ketum. Perintah reman ke atas anggota polis berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin, bermula hari ini. Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Suspek diwakili peguam James Thanjong Tuan. 

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, suspek dikatakan meminta dan menerima wang berjumlah RM6,000 daripada seorang pengadu lelaki berusia 31 tahun bagi melepaskan adiknya yang ditangkap atas kesalahan memiliki air ketum. Wanita itu ditahan ketika SPRM memasang perangkap di sebuah restoran di Alor Gajah.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment