Hallo Madey Sedar Lah Tu!!!!! Tiada kerjasama rasmi PAS-PPBM, kata Hadi

PAS tidak akan mengadakan kerjasama rasmi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti baru itu bakal menyertai Pakatan Harapan (PH). 
 
"Secara rasmi kita tak ada kerjasama, kalau begitu rasminya Bersatu (PPBM menyertai) Pakatan Harapan," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengulas mengenai pendirian partinya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Konvensyen Profesional Malaysia di sini hari ini. 
 
Dalam sidang media Selasa lalu, PPBM secara rasmi mengumumkan bersetuju menyertai PH dengan mencadangkan pengubahsuaian nama pakatan itu.
 
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selain nama gabungan yang baru, PPBM juga bersetuju dengan prinsip bahawa satu logo dan manifesto baharu perlu diwujudkan bagi menentang BN pada pilihan raya umum.
 
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan PAS menganggap partinya tidak ada lagi hubungan dengan PPBM jika parti berkenaan menyertai PH.
 
Manakala Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata PAS akan meneliti kembali rundingannya bersama PPBM sekiranya parti baru itu sah menyertai PH. 
 
Ini kerana kata Takiyuddin, PAS sebelum ini 'difahamkan' bahawa PPBM hanya menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan masih bukan sebahagian daripada komponen PH.  
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir memaklumkan, PH sedang dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyertaan penuh PPBM ke dalam gabungan berkenaan. 
 
Menurut Anuar, mesyuarat bagi memuktamadkan penyertaan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan diadakan lusa.
 
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada PH masih membuka peluang kepada PAS untuk menyertai gabungan itu, Anuar berkata ia amat dialu-alukan namun bergantung kepada konsensus keempat-empat parti komponen.  
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment