Hadiah pertandingan bagi maklumat pasal Kit Siang naik jadi RM50,000

Asalnya RM10,000…kini Tan Sri Annuar Musa gandakan hadiah bagi pertandingan untuk kumpul maklumat bagi memmbuktikan dakwaan Lim Kit Siang kepada RM50,000.
 
Dalam satu kenyataan Ketua Penerangan UMNO itu kata maklumat berkenaan haruslah berasaskan fakta dan tidak melanggar undang-undang.
 
“Jika ada ada bukti ,pandangan atau idea berkaitan dakwaan ini dalam bentuk tulisan blog,artikel media,video ringkas atau infographic sila hantar kepada kami.Hadiah RM50,000 menanti anda,”katanya.
 
Semalam Khamis memberitahu dalam sidang akhbar di bilik media Parlimen beliau menawarkan hadiah RM10,000 bagi maklumat berkenaan.
 
Tajuk pertandingan itu ialah:  Lim Kit Siang dikatakan rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator : Adakah Benar?  
 
Tajuk pertandingan juga diubah sedikit dengan memasukkan sekali bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkritik utama kerajaan.
 
Penyertaan boleh dihantar kepada kepada Jabatan Ketua Penerangan UMNO, PWTC, KL.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana