HADI AWANG SERING KALI DIPERLEKEHKAN MAHATHIR

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menyifatkan Pre­siden Pas itu kurang berkarisma berbanding kepimpinan terdahulu parti itu.
Bekas Perdana Menteri itu turut menyifatkan Pas kini sebuah parti yang keliru di bawah pentadbiran Abdul Hadi.
“Abdul Hadi memang kurang karisma berbanding Datuk Fadzil Mohd. Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahkan dengan Tan Sri Mohd. Asri Muda juga. Orang ini (Abdul Hadi), macam-macam tuduhan yang dibuat terhadapnya tidak dapat dijawab.
“Sekarang saya dapati Pas macam keliru sebab nampak kadangkala macam nak bersama kita (PPBM), lepas itu tak nak. Mereka minta adakan mesyuarat (bincang kerjasama dengan PPBM), lepas itu dia kata tak panggil pula, macam tiada penyelarasan dalam Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Dr. Mahathir menghadiri mesyuarat PPBM Kedah bersama pemimpin pakatan harapan di negeri ini.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyifatkan Pas se­ngaja mencipta alasan de­ngan menuduh sikapnya menjadi punca parti itu menutup pintu rundingan bersama PPBM sedangkan hakikatnya mereka yang se­ring memburukkan keadaan.
“Itu alasanlah…saya tak kata apa pun yang memburukkan Pas. Sebaliknya mereka maki saya macam-macam, tapi depa (mereka) tak nampaklah, sebab tak guna cermin…kita kena guna cermin,” ujarnya.
Sebelum ini Se­tiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mendedahkan punca utama tertutupnya pintu rundingan antara parti itu bersama PPBM adalah di­sebabkan sikap Dr. Mahathir sendiri yang membuat segala keputusan meskipun bukan bergelar Presiden.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir memberitahu, beliau sama sekali tidak terkejut dengan tindakan Ketua Pene­rangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini menjadikan dirinya sebahagian daripada topik pertandingan penulisan selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana