GERAK GERI MAHATHIR SEOLAH-OLAH DIA LEBIH SAYANGKAN DAP BERBANDING PPBM

Sejak menjalinkan hubungan baik dengan parti rasis dan cauvinis DAP, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dikatakan sering kali lebih mempromosikan parti yang didominasi bangsa Cina itu berbanding parti yang diterajuinya, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ini kerana dikatakan ada ahli yang menyertai parti Bersatu masih menyimpan keahlian UMNO, kerana berasa tidak yakin dengan Bersatu lalu jika apa terjadi mereka boleh kembali masuk ke dalam UMNO.
Terbaru di Johor, Mahathir telah menyatakan kesilapan dirinya selama ini memburukkan DAP, kerana beliau lah yang menyebabkan nama DAP menjadi begitu buruk dan menakutkan orang Melayu serta membuat orang melayu benci kepada DAP.
Bagaimanapun, tindakan bekas perdana menteri itu disifatkan sudah masuk kategori “terdesak” apabila selama ini beliau dengan lantang mengkritik dan melabel DAP sebagai parti rasis dan cauvanis.
Tindakan Mahathir ini juga dilihat kerana beliau sudah hilang sokongan orang Melayu UMNO dan PAS, maka “vehicle” untuk menyelamatkan jawatan Perdana Menteri untuk anak beliau adalah DAP.
Maka matlamat Mahathir adalah nanti di Pilihan Raya Umum (PRU14), Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan di kompromi untuk bertanding pada kerusi DAP.
Jika dilihat gelagat Mahathir, beliau sebenarnya bukan hirau sangat kepada Bersatu kerana itu adalah parti yang wujud secara tidak sengaja kerana plan “A” nya telah hancur apabila Mukhriz di tolak UMNO.
Apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco membuka parti baru, Mahathir ikut sokong kerana tiada rugi pun memberi sokongan, mana tahu untung sabut timbul.
Ini kerana matlamat Mahathir paling utama adalah Mukhriz mesti masuk Parlimen, itu paling utama dalam agenda Mahathir. Sama ada Bersatu dapat tawan 1 atau 3 kerusi, Mahathir tetap buat rundingan belakang dengan DAP yang diandaikan akan dapat sokongan 80% masyarakat Cina.
Maka atas sebab itu lah Mahathir mesti promosi DAP berlebihan. Itulah Mahathir, politiknya hanya ada agenda sendiri sahaja.
Sementara itu, Mahathir juga mengetahui kesukaran DAP mencalonkan wakil Melayu selain Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka tawarannya kepada DAP adalah Mukhirz.
Maka itu sebab lah bersunguh-sungguh Mahathir mempromosikan DAP di Johor baru-baru ini. Justeru, tidak menghairankan lah jika Mukhriz akan bertanding di kerusi selamat milik DAP nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana