FELDA DAN FITNAH PEMBANGKANG....JAHATNYA NAK MENGHASUT WARGA FELDA

APA sahaja perkara yang menguatkan Barisan Nasional (BN) pastinya akan diganggu oleh pihak pembangkang. Tidak kiralah sama ada dari segi kependudukan, komuniti, agensi atau sebagainya. Terbaru, pembangkang berniat mahu memecahkan perpaduan dikalangan peneroka FELDA.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, pembangkang sebenarnya menyedari bahawa FELDA adalah kubu kuat BN sejak dari zaman Allahyarham Perdana Menteri kedua lagi. Jadi, mereka tidak berasa ‘selesa’ apabila masih ada di kalangan kubu kuat BN ini tidak berjaya di pecahbelahkan.
Sebagai contoh, agensi seperti Lembaga Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menjadi sasaran mereka kerana disitu terletak kekuatan Melayu, dan FELDA tidak terlepas dari sasaran tohmahan mereka untuk berikutnya.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai contoh, telah mengemukakan laporan kewangan FELDA 2014 tentang kehilangan RM100 juta, walhal yang sebenar ianya tidak hilang sebaliknya dicatatkan kegunaan PGBF yang diberikan subsidi yang tidak perlu diletakkan didalam penyata.
Pelaburan di dalam Rajawali di Indonesia pula dikatakan telah menggunakan wang FELDA, sebenarnya adalah tidak benar. Penguasaan 37 peratus saham telah didakwa membeli dengan harga tinggi sebanyak US$ 505 juta dan 172 peratus lebih tinggi dari harga premium pasaran juga menunjukkan kedangkalan pembangkang berfikir.
Pembelian bukanlah berdasarkan premium harga, tetapi saiz tanah yang bakal dimiliki berjumlah 320,000 hektar dan daripada jumlah itu 145,000 hektar merupakan pokok yang hampir matang.
Purata RM16,000 seekar tanah di Indonesia adalah transaksi yang paling murah di Indonesia jika hendak dibandingkan pengeluaran hasil tanah 10 ekar mencecah 32 tan kerana kesuburan tanah berbanding di Malaysia yang purata maksima hanya sekitar 25 tan bagi 10 ekar.
Harga sawit pula semakin baik berikutan faktor cuaca El Nino menyebabkan tiada lambakan pengeluaran.
Malahan, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China tahun lalu telah membawa kepada peningkatan jumlah import minyak sawit dari Malaysia yang dahulunya banyak di beli dari Indonesia. Itupun mereka anggap Perdana Menteri cuba untuk ‘menjual’ negara.
Harga sawit yang telah stabil kebelakangan ini berikutan penubuhan Majlis Pengeluar Minyak Sawit Dunia secara tak langsung telah meningkatkan lagi hasil kumpulan FELDA termasuk FGV .
Sejak tahun 1996, FELDA tidak pernah menerima apa apa peruntukkan dari Kerajaan Persekutuan berbanding aagensi lain seperti RISDA, FELCRA dan KEJORA. Ini sekali gus menunjukkan kebolehupayaan FELDA ‘berdiri sendiri’ sejak sekian lama.
Walaupun menghadapi tohmahan yang begitu dahsyat, FELDA tetap memberikan pinjaman kepada peneroka melalui tanaman semula dan wang sara hidup dan ini tidak dirasai oleh mana mana pekebun kecil dibawah agensi lain, selain FELDA.
Sehingga kini, FELDA memberikan hutang kepada peneroka lebih RM1.4 billion yang melibatkan hutang operasi antaranya kos tanam semula dan kos sara hidup. Ini tidak termasuk hutang pembinaan rumah dan pendidikan.
Jadi, apa lagi yang pihak pembangkang mahu fitnah FELDA selepas ini?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment