DEMOKRASI AMALAN PEMBANGKANG YANG KOTOR DAN JIJIK

Parti-parti pembangkang yang wujud di Malaysia sebenarnya tidak mengamalkan demokrasi dalam pendekatan politik termasuklah di dalam hal ehwal dalaman parti mereka sendiri, tetapi hanya memanipulasikan sistem demokrasi demi kepentingan politik mereka.

Pemimpin pembangkang selama ini melaung-laungkan bahawa merekalah juara demokrasi tetapi dalam masa yang sama mereka cuba menghancurkan amalan demokrasi dengan beberapa kali cubaan mereka untuk menggulingkan kerajaan di negara ini.

Pembangkang selalu mendabik dada mendakwa bahawa parti merekalah yang mengamalkan demokrasi dan lebih telus berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan mereka itu langsung tidak mencerminkan amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh semua parti politik di negara ini.

Cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dengan cuba membuat huru hara seperti siri perhimpunan Bersih, beberapa kali usaha mereka cuba menawan Dataran Merdeka yang cuba meniru langkah pembangkang di Mesir, melontarkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan sepatutnya dikeji oleh rakyat.

Pendekatan pembangkang yang lidah bercadang dan menjadikan pembohongan sebagai taktik politik kotor mereka untuk mempengaruhi pemikiran rakyat tidak pernah berubah.

Sebagai contoh, pembangkang memanipulasikan sistem demokrasi melalui pilihanraya Langkah Kajang yang bertujuan untuk memuaskan nafsu dan agenda politik pemimpin tertentu seperti Anwar Ibrahim, dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini jelas menunjukkan bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan sistem demokrasi sehingga sanggup berbohong dan menghabiskan masa, wang dan tenaga rakyat demi kepentingan politik mereka.

Demokrasi bagi mereka bukan untuk diamalkan, tetapi untuk dipergunakan dan dimanipulasikan demi kepentingan agenda politik mereka.

Justeru itu, rakyat seharusnya menolak taktik kotor mereka khususnya mereka yang berada di negeri-negeri pembangkang. Ini bagi mengelakkan mereka dari terus tertipu dengan permainan manipulasi dan pembohongan pakatan pembangkang yang menjadikan demokrasi sebagai topeng untuk menutupi agenda politik peribadi mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana