DAP MAKIN ‘MEROYAN’, GUNA ISU AGAMA PULA DI SARAWAK

Sejak akhir ini isu agama mula menjadi modal parti-parti politik di Sarawak untuk meraih sokongan rakyat di negeri ini.
Yang paling menonjol ialah DAP Sarawak apabila cubaan demi cubaan beberapa pemimpin parti itu dan penyokongnya untuk mensensasikan isu agama dengan mengaitkan beberapa agensi.
Isu agama dianggap sebagai strategi paling ampuh untuk meraih sokongan rakyat Sarawak yang selama ini agak sepi dengan isu-isu sensasi.
DAP sedar kelemahannya, namun untuk meletakkan diri dihadapan dan agar sentiasa dalam perhatian rakyat, mereka memanipulasikan isu-isu berkaitan perkauman dan agama untuk kepentingan politik.
Dalam politik Sarawak hanya ada dua isu yang seakan menjadi ‘candu’ untuk menghayalkan rakyat, pertama isu berkaitan Dayak, dan kedua isu berkaitan agama Islam. Ditambah lagi dengan sikap netizen yang mudah melenting bila dua isu tersebut dibangkitkan.
Malah kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) turut terpancing untuk menerkam umpan yang dihulur DAP, semuanya demi kelangsungan politik dan perhatian rakyat.
Contoh terbaharu, DAP bersungguh-sungguh mempersoal pengambilan guru agama Islam dari Semenanjung untuk mengajar di Sarawak.
DAP bukan bodoh, namun mereka melihat inilah peluang penting untuk melancarkan provokasi. mereka tahu setiap bidang memerlukan pengikhtirafan tertentu sebelum diambil sebagai pengajar di sesebuah institusi.
Walaupun agensi terbabit telah menjawab dengan panjang lebar tentang prosedur dan keperluan agensi berkaitan, namun pemimpin DAP tetap cuba memberitahu rakyat Sarawak bahawa mereka (DAP) lebih arif tentang apa yang Islam perlukan.
Berdasarkan komen di media sosial yang diwarnai cacian serta maki hamun, kini DAP dilihat berjaya menimbulkan kecurigaan terhadap agensi terbabit, sekaligus menjadikan isu agama sebagai bahan politik di negeri Sarawak. – Iskandar Marzuki

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana