DAP Gerun Lihat Bendera PAS Berkibar Di Pulau Pinang

Lepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lari tak cukup tanah akibat kena kejar dengan wakil peniaga di Mak Mandin akibat tindakan rejim DAP yang merobohkan kedai mereka tanpa sebarang pampasan dan alasan yang kukuh.
Kini Guan Eng nampak macam gerun, jijik dan elergik untuk melihat bendera hijau yang berlambangkan bulan dari terus berkibar di sepanjang jalan di Parlimen Bagan, Pulau Pinang.
Terlalu takut sehingga sanggup mengarahkan semua macai-macainya untuk menurunkan bendera PAS secepat mungkin. Takut sakit mata agaknya, sekarang ni Guan Eng dah tak boleh nak tengok ‘benda-benda hijau dan putih di tengah’ terus berkibar di Pulau Pinang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan, Muhd Hafiz bin Ilyas berkata, pihak berkuasa tempatan telah diarahkan oleh ‘seseorang’ untuk menurunkan bendera PAS walaupun mesyuarat kawasan berkenaan yang diadakan semalam masih sedang berlangsung.
Menurutnya, pihak berkuasa ‘terpaksa’ menurunkan bendera PAS sebab Guan Eng nak lalu jalan yang digantung ‘benda hijau’ tu…, Jadi hanya kerana Guan Eng nak guna jalan yang digantung bendera PAS tu, dorang terpaksa buang bendera parti islam tersebut.
Amboiiii…, Nak guna jalan je pun sampai suruh buang bendera PAS. Hina sangat ke bendera PAS dimata Guan Eng? Dengar kata Guan Eng ada program dekat Bagan… So, sebab nak guna jalan yang berdekatan dengan kawasan PAS yang sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-21 di Kampung Benggali.
Guan Eng telah arahkan pihak berkuasa untuk turunkan bendera PAS, nampak sangat yang Guan Eng sebenarnya gerun dengan kebangkitan PAS dalam memperjuangkan Islam. Guan Eng dah tak senang untuk bersama dengan PAS.
Agak korang lepas ni mana Guan eng nak lari jika dia terus-terusan berperangai sebegini dengan PAS? Kalau sebelum ni bapaknya, Lim Kit Siang lari dari Gelang Patah ke Alor Setar kerana telah kencing rakyat yang mengundinya.
Malah Kit Siang juga lari sebab dia takut pada kebangkitan rakyat yang ditipunya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, agak korang kemana Guan Eng nak lari lepas ni? Ikut jejak bapaknya ke?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana