Dah nyawa2 ikan pun masih sombong dan bongkak ...Inilah Ada Dikalangan Ahli PAS Macam Ni Lagi

Parti dah bercerai berai dan porak peranda tetapi masih bersikap bongkak dan sombong. Kekuatan dah semakin lemah masih lagi cakap besar. Kerusi hanya tinggal 14 sahaja tetapi masih lagi bersikap angkuh. Nak bentang dan luluskan RUU355 pun tak mampu dan merayu sokongan UMNO tetapi masih lagi ada hati nak kutuk UMNO.

Inilah puak2 yang angkuh dan sombong. Inilah puak2 yang dikata ular lidi nak jadi naga. Inilah puak2 yang mengaku sahaja Islam tetapi menolak seruan Allah dan Nabi Muhammad supaya umat Islam bersatu padu. Inilah juga puak2 yang sanggup bersekongkol dengan kafir memusuhi saudara Islamnya.

Puak2 ini tidak sedar mereka hanya dipergunakan oleh kafir untuk mencapai hasrat tersembunyi mereka. Puak2 ini lupa ketika mereka dihina selpas membantu kafir menang di Pulau Pinang. Mereka juga lupa mereka hanya sekadar menjadi gula2 di Dewan Undangan Negeri Selangor. Tetapi kerana sikap angkuh, sombong dan bongkak maka mereka lebih rela kepala dan maruah mereka dipijak2 oleh kafir.

Selama mereka bersekongkol dengan kafir apa yang mereka dapat? Tidak ada apa pun yang mereka perolehi melainkan makian, cercaan dan penghinaan. Lihat sahaja pada hari ini dalam media sosial seperti Facebook, twitter, instagram dan media2 cetak parti sekongkolannya dahulu hanya memaki, mencerca dan menghina pemimpin, ulama dan parti mereka.

Sedarlah wahai puak2 sombong dan angkuh, kamu pada hari ini hanya menjadi bahan cercaan rakan2 sekongkolan kamu dahulu. UMNO yang kamu anggap musuh dunia dan akhirat tidak mencerca, memaki dan menghina kamu. DS Najib dan UMNO tidak pernah pun menganggap parti kamu musuh sama ada di dunia dan akhirat.

Insaflah. UMNO yang kamu labelkan sebagai menolak Islam, kafir, perompak, penyamun zalim dan sebagainya masih lagi Allah restui untuk mentadbir negara ini. Doa2 kamu yang meminta Allah butakan mata, hancurkan UMNO, tumbangkan UMNO dan lain2 tidak dimakbulkan mungkin kerana dihati2 kamu dipenuhi dengan kebencian, memusuhi saudara Islam kamu, angkuh, sombong dan tiada keikhlasan untuk membela dan memperjuangkan Islam.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment