‘BUANG MASA LAYAN KARENAH WAKIL RAKYAT TAK CERDIK SEPERTI YB YEO’

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas, Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menjelaskan, beliau hanya membuang masa jika terus melayan karenah Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkaitan isu Pusat Permata Negara (Permata).
Menurutnya, sejak wakil rakyat DAP itu membangkitkan isu Permata tahun lalu, pihaknya sedaya upaya menggerakkan usaha untuk memberikan kefahaman tentang apa itu Permata dengan harapan pemimpin DAP itu mendapat penerangan secata telus mengenai Permata.
“Saya rasa sudah cukup saya membuang masa berharga apabila melayan karenah dan tingkah laku seorang wakil rakyat yang tak cerdik macam YB Yeo.
“Saya sudah jelas kepada beliau (Bee Yin) mengenai persoalan utama yang beliau utarakan iaitu kenapa Permata tidak diletakkan dalam kementerian tertentu seperti Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Saya kira penjelasan saya cukup jelas dan terang untuk seorang pemimpin yang menganggap dirinya terpelajar,” katanya.
Malahan jelas Rizal, juga sudah mengatur dan menunaikan impian Bee Yin untuk melawat ke salah satu pusat Permata supaya beliau bukan sahaja mendapat penjelasan secara teori sahaja tetapi melihat secara nyata serta dekat operasi Permata itu sendiri.
Jelas beliau, penerangan di pusat Permata itu juga bukan saya yang beri penerangan tetapi ahli lembaga pengurusan Permata yang terdiri daripada individu yang genius dan pakar dalam bidang masing-masing.
“Nah semua sudah terang lagi bersuluh. Jadi kesimpulannya yang saya boleh rumuskan adalah YB Yeo memang seorang pemimpin yang susah nak hadam dan sengaja buat tak faham yang beliau sudah faham.
“Apa yang jelas, motif YB Yeo membangkitkan semula isu Permata bukan kerana beliau prihatin dengan situasi semasa negara tetapi hanya kerana mahu mengejar political millage sahaja.
“Mungkin dek kerana DAP sudah kering idea dan sebab itulah YB Yeo diarahkan oleh jeneral-jeneral partinya untuk lancarkan kembali misi perang yang beliau sendiri akui pernah kalah di medan tempur yang sama,” katanya.
Justeru beliau mahu menasihatkan kepada Bee Yin dan pemimpin DAP lainnya supaya mencari isu politik lain.
“Jangan jadikan Datin Seri Rosmah Mansor yang bukan ahli politik dan Permata yang merupakan satu organisasi pendidikan generasi baru negara sebagai sasaran peluru politik sempit mereka.
“Gunakan masa terluang anda untuk fikirkan dan laksanakan tanggungjawab anda sebagai pemimpin kepada rakyat.
“Saya percaya masih banyak masalah rakyat di kawasan Dun Damansara Utama yang perlu YB Yeo beri perhatian dan saya yakin rakyat akan lebih menghargai YB sekiranya lebih prihatij terhadap mereka yang mengundi serta memilih YB,” nasihat Rizal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana