Bongkar Saja!!!!! Sultan Johor sedia dedah kepada SPRM orang cuba rasuah Baginda

Sultan Johor Sabtu menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
 
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook baginda , Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah baginda mahu SPRM mengadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
 
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.
 
"Ini Johor, kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit," titah baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana