AZMIN TUKAR “PROFILE PICTURE”, TERUS DIAM PAS SELANGOR

Seni berpolitik, macam-macam ragam, gaya yang tersendiri dan penuh dengan muslihat. Siapa bijak, siapa kurang bijak, siapa tidak bijak, akan menentukan kedudukan masing-masing.
Membicarakan soal bijak, kita perlu juga tabik hormat kepada Azmin Ali, menteri besar Selangor yang dijulang oleh PAS, dan kemudiannya dengan bersahaja menyindir “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,”
Bukan calang-calang orang yang berani membidas rakan politik sebegitu rupa, apatah lagi yang sindiran tersebut dipercayai dimuatnaik sambil merujuk kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Kalau tidak bijak politik, mana mungkin Azmin berani bertindak sedemikian.
Hakikatnya, hanya segelintir Ketua Pemuda PAS Kawasan, selain Dewan Muslimah PAS Selangor yang berani memberi tindakan balas di atas sindiran Azmin. Mana yang lain? Kalau pun ada, hanya mereka-mereka yang tidak “terikat” secara langsung dengan Menteri Besar Selangor. Ada 15 ADUN PAS di Selangor, yang sehingga kini mereka ibarat penyokong pasukan bolasepak Manchester United, yang apabila kalah senyap sunyi dan “masuk gua”. Itu berbicara soal kalah, inikan pula PAS yang mewakili 15 kerusi DUN Selangor, itu pun diam membisu. Apa sudah jadi?
Mungkin cakap-cakap politik berhubung PAS Selangor yang dikatakan pro kepada Azmin ada kebenarannya. Jika tidak, Azmin juga akan teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun twitternya. Tidak mustahil, Azmin tahu apa yang sedang berlaku ke atas PAS Selangor, sehingga mampu memperlekehkan Ketua Pemuda PAS Pusat sedemikian rupa.
Faham-faham sahajalah, nikmat dan kemanisan berkuasa, di samping deretan elaun dan pelbagai peruntukan yang diterima sebagai Yang Berhormat, bukan mudah untuk ditolak mentah-mentah. Sedang Yang Berhormat dari Wilayah Persekutuan juga mendapat manfaat dari YAWAS, tidak mungkin Yang Berhormat dari Selangor telan air liur sahaja. Apatah lagi jika berjawatan sebagai exco. Maka, diam itu emas.
Sedang kita menanti apakah ada di antara ADUN PAS Selangor yang berani mempertahankan Nik Abduh, alih-alih akaun Twitter yang digunakan untuk bersayembara bertukar “profile picture”. Kali ini, betul-betul PAS kena “game”.
Kelihatan wajah menteri besar berjubah dan berkopiah putih. Terdiam terus seluruh ahli PAS Selangor. Kita pun kurang pasti, apakah perbuatan Azmin itu untuk menunjukkan dirinya “alim” di mata ahli PAS, atau  satu lagi fasa satira politik memperlekeh PAS berlandaskan fasa pertamanya tempohari.
Yang pasti, PAS kena lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment