Azmin tak boleh dijadikan kawan - Muslimat PAS Selangor0

Hubungan PAS dan PKR di Selangor bertambah tegang selepas sayap wanita parti Islam mengutuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebagai 'kacang lupakan kulit' dan tidak boleh dijadikan kawan.
 
Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan juga mengingatkan Azmin agar tidak terus mencabar kesabaran mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya.
 
“Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan.
 
“Sekali lagi Muslimat PAS Selangor memberi peringatan kepada Datuk Seri Azmin supaya jangan mencabar kesabaran kami dan jangan merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang.
 
“Muslimat PAS Selangor menyifatkan Azmin umpama kacang lupakan kulit dan tidak tahu menilai erti persahabatan sejati,” katanya.
 
Kritikan itu menyusul selepas Azmin di laman Twitternya dikatakan menyindir kekalahan teruk Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada pemilihan PAS peringkat kawasan Pengkalan Chepa.
 
Dalam kenyataannya semalam, Hasrina berkata sindiran Azmin itu “mencabar kerjasama politik antara PAS dan PKR yang sudah mula retak dek tindakan pemimpin mereka sebelum ini”.
 
Hasrina juga membangkitkan sokongan PAS terhadap Azmin untuk ke jawatan itu sebelum ini.
 
“Datuk Seri Azmin sepatutnya sedar bahawa keberadaan beliau di kerusi Datuk Menteri Besar Selangor adalah atas cadangan daripada PAS.
 
“Kalau nak harapkan daripada parti beliau sendiri, langsung nama beliau tiada dalam senarai,” katanya.
 
Azmin didakwa menyindir Nik Abduh selepas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan keputusan untuk memberikan laluan kepada PKR mengemudi Selangor tidak bersifat kekal.
 
Nik Abduh dilaporkan berkata demikian mengulas sasaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa partinya mahu meraih kemenangan di lima buah negeri termasuk Selangor.
 
Kenyataan Nik Abduh itu mengundang Azmin menulis dilaman Twitternya dengan berkata “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur”.
 
Tindakan Azmin itu menyaksikan Pemuda PAS Subang berang dan tampil membidas Ahli Parlimen Gombak itu.
 
Dewan Pemuda itu kemudiannya menggesa semua perwakilan PAS di muktamar kawasan masing-masing menyokong usul memutuskan hubungan politik dengan PKR.
 
Dewan itu juga mengumumkan akan bertanding di dua kerusi PKR dalam pilihan raya umum akan datang iaitu Parlimen Subang dan Kota Damansara, selain kawasan mereka di Paya Jaras.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment