Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS

Sindiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali terhadap “tok lebai”, yang dipercayai dituju kepada ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mendapatkan kecaman pemimpin parti parti.
Ketua Pemuda PAS Subang Hanafi Zulkapli menyifatkan kenyataan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sebagai satu gaya pemikiran yang senteng.
Ini kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan menyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja pilihan raya.
Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas minggu lalu tewas dalam pemilihan pimpinan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.
Anak allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin  yang memperolehi 207 undi.
Ini menyebabkan Azmin, tanpa menyebut nama menyindir seorang ‘tok lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.
Sebelum itu, Nik Abduh berkata, persetujuan untuk PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.
Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.
Dalam kenyataannya, Hanafi menegaskan bahawa kerusi menteri besar yang disandang Azmin adalah “ihsan” PAS dan kemenangannya di Gombak pula hasil kekuatan gerak kerja jentera mereka.
“YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi.
“Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun,” katanya.
Pemuda PAS Subang juga menyeru semua perwakilan PAS di muktamar kawasan masing-masing menyokong usul memutuskan hubungan politik dengan PKR.
Dewan itu juga mengumumkan akan bertanding di dua kerusi PKR dalam pilihan raya umum akan datang iaitu Parlimen Subang dan Kota Damansara, selain kawasan mereka di Paya Jaras.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment