Awas….surat palsu untuk malukan PM...Biasalah Pihak Pembangkang Akan Cari Jalannya

Ini sahih usaha desperado puak tertentu untuk bagi malu Perdana Menteri Datuk  Sri Najib Tun Razak dan kerajaan.
 
Mungkin sudah habis modal puak berkenaan telah mengedar surat kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif organisasi swasta dan syarikat kepunyaan Kerajaan kononnya dari Perdana Menteri untuk meraih bantuan dan memberi kesetiaan kepada beliau dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang.
 
Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Iskandar Mohd Kaus dalam kenyataan lewat petang Selasa kata pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenal hal berkenaan.

Surat palsu yang diedarkan itu menggunakan kertas rasmi kerajaan dan ditandatangani oleh Perdana Menteri sendiri.
 
Katanya Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat seperti itu. 
 
“Ini merupakan usaha pihak tertentu yang cuba memperlekehkan kedudukan YAB Perdana Menteri bagi kepentingan politik mereka.
 
“Pejabat YAB Perdana Menteri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu ini,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana