ARAMCO LABUR US$7 BILION TANDA MALAYSIA BUKAN HAMPIR MUFLIS, KATA NAJIB

Pelaburan Saudi Aramco bernilai US$7 bilion dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor, menjadi bukti utama Malaysia bukan hampir muflis.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah mustahil bagi syarikat minyak milik negara Arab Saudi sedia untuk berbuat demikian dalam jumlah pelaburan yang besar di negara yang akan muflis.
“Saya membangkitkan persoalan ini kerana, seperti yang anda tahu, terdapat banyak berita palsu sejak kebelakangan ini. Malangnya, pembangkang kerajaan di Malaysia sering memilih untuk tidak berinteraksi dengan kami berhubung fakta.
“Mereka mencipta propaganda palsu – seperti idea bahawa negara ini hamper bankrap – yang sedihnya ada yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Transformasi Global 2017 di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan itu merupakan sabotaj ekonomi untuk kepentingan diri sendiri, kepentingan politik peribadi yang akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.
“Perjanjian Aramco itu hampir gagal dengan berita palsu berkenaan. Lagipun, ramai tidak menjangka bekas pemimpin akan berbohong mengenai negara sendiri.
“Oleh itu, apabila beliau memberitahu rakyat bahawa Malaysia sedang berdepan dengan kebankrapan, sesetengah percayakannya. Malah, beliau tahu beliau berbohong,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata kebenarannya ialah di sebaliknya, dengan berjuta-juta pekerjaan diwujudkan, pertumbuhan yang kukuh dan konsisten, serta, inflasi dan pengangguran yang rendah, selain pengurangan dalam defisit fiskal kepada 3.1 peratus tahun lepas daripada 6.7 peratus pada 2009.
“PIC (Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas) sangat penting kepada kita, dan US$7 bilion (pelaburan) itu menunjukkan keyakinan syarikat minyak milik negara Arab Saudi itu terhadap Malaysia.
“Ia akan menjadi jentera utama pertumbuhan di salah satu daripada laluan perkapalan paling sibuk di dunia, dan di pintu masuk ke Asia Pasifik, rantau yang paling berkembang maju di dunia dengan lebih 60 peratus daripada penduduk dunia,” kata beliau.
Pelaburan ini juga akan menyediakan latihan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, membawa kepada pembangunan industri tambahan, menggalakkan keusahawanan dan menjadi rangsangan besar kepada modal insan dan ekonomi pengetahuan, kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana