ANTI ISLAM : SAMANLAH SAYA, CABAR ANNUAR KEPADA KIT SIANG

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa mencabar Penasihat Dap Lim Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataannya yang mengatakan bahawa Dap adalah sebuah parti diktator, rasis dan anti Islam.
Jelasnya, jika sebelum ini kenyataan tersebut disuarakan di dalam parlimen dan dirinya dilindungi kekebalan berparlimen kini kenyataan tersebut diulang di luar parlimen dan sekiranya Kit Siang merasakan itu adalah satu fitnah maka segeralah mengambil tindakan saman.
“Saya cabar untuk Kit Siang saman saya. Sekali lagi saya ulang bahawa Kit Siang anti Islam, Dap parti rasis dan juga diktator.
“Perdana Menteri kita sudah silih berganti tetapi pucuk kepimpinan Dap masih lagi dikawal oleh dinasti Lim.
“Kenapa UMNO takut untuk menyerang… mana tokoh-tokoh perjuangan UMNO… Ini tanah air kita maka kita perlu bersatu untuk membela bangsa dan negara,” jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu anjuran UMNO Bahagian Gombak di sini malam tadi.
Selain itu beliau turut menggariskan formula ‘5P’ sebagai tonik bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.
Formula tersebut adalah Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan dalam mencapai dan merapatkan saf perjuangan.
“Kesetiaan kepada pemimpin dan parti mesti kita utamakan untuk kita teruskan kesinambungan parti ini.
“Persahabatan pula, sejak awal penubuhan UMNO kita memelihara persahabatan dan permuafakatan antara UMNO, MCA dan MIC merupakan tapak kekuatan Barisan Nasional (BN).
“Selain itu kita juga perlu bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi dan bukan hanya berkhidmat secara bermusim kerana kekuatan kita adalah daripada rakyat di akar umbi dan terakhir kepercayaan kepada parti, agama dan bangsa juga negara merupakan faktor terpenting untuk kita memastikan kemenangan UMNO,” terangnya lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana