ANTHONY LOKE BAGI AMARAN TIADA ABANG BESAR DALAM PAKATAN HARAPAN !!

Amaran Anthony Loke, Tiada Abang Besar dalam Pakatan Harapan, bermaksud tiada satu pun dari kalangan PKR, PAN, atau Cap Bunga yang boleh berangan-angan untuk merampas kuasa DAP! Anthony Loke menganjing-anjingkan sahaja pemimpin dari parti Cap Bunga untuk membuktikan DAP yang sebenarnya yang lebih berkuasa dalam Pakatan.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 semua kerusi bandar akan ditandingi oleh pemimpin-pemimpin utama DAP. Manakala kawasan-kawasan luar bandar yang akan mendapat tentangan sengit dari PAS dan Barisan Nasional, DAP tidak akan meletakkan calon. DAP berjaya memaksa Wan Azizah dan Mat Sabu untuk bersetuju bahawa jaminan kemenangan perlu diberikan kepada DAP walau apa juga cara sekalipun.
Di sebalik kenyataan Anthony Loke kononnya semua parti dalam Pakatan Harapan adalah sama tetapi sebenarnya DAP yang membuat keputusan bahkan pembahagian kerusi diputuskan oleh DAP, bukannya secara usahasama atau keputusan bersama.
Buktinya apabila Wan Azizah dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat, sebagai pengganti Presiden PAN Mohamad Sabu telah dimuliakan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai pengerusi mesyuarat bersama-sama Parti Cap Bunga Raya.
Pengerusi Mesyuarat yang selama ini diketuai oleh Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang diambil alih oleh Mat Sabu dan bukannya Mahathir ataupun Muhyiddin Yassin. Ini membuktikan dominasi DAP dalam Pakatan Harapan. DAP adalah king maker dalam menentukan siapa pengerusi mesyuarat. DAP adalah majikan Mat Sabu dan gaji Mat Sabu dibayar oleh DAP. Mat Sabu bukan Ahli Parlimen atau ADUN sekalipun.
Ketika ketiadaan Wan Azizah sudah pasti Mat Sabu akan dilantik untuk menuruti arahan DAP. DAP langsung tidak menghiraukan langsung mantan Perdana Menteri 22 tahun dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang turut hadir dalam mesyuarat itu dengan meminta Mat Sabu menentukan segalanya.
DAP membuat keputusan unilateral menutup Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan dan tidak termasuk PAS dari pakatan pembangkang baru tanpa sebarang rujukan kepada atau kelulusan ahli-ahli gabungan lain dan ini menunjukkan DAP membuat keputusan dan parti-parti lain tidak mempunyai hak bersuara.
Kes rasuah banglo anak Kit Siang, siapa yang berani membuka mulut dan kes ini, semuanya kelihatan berdiam diri termasuklah Mahathir sendiri. DAP terlalu berkuasa sehingga mereka memerintahkan parti komponen mereka menyingkirkan ahli mereka sendiri jika DAP tidak menyukai mereka. Sebagai contoh Hassan Ali apabila DAP tidak menyukainya PAS terpaksa membuangnya.
Mahathir yang mempunyai parti yang ahlinya amat sedikit dan masuk dalam Pakatan Harapan dengan berkongsi logo dan bendera sudah pasti tidak akan mendapat sokongan DAP. DAP sudah bertanding dalam banyak pilihan raya dan memenangi banyak kerusi dengan menggunakan logo yang sama mana mungkin DAP mahu menggunakan logo seragam dengan parti serpihan seperti PAN dan PPBM.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment