Anda wajib tahu...dulu dihormati kini Tidak lagi

"Dulu DIA adalah pemimpin yg dikenali serta dihormati kerana berani mengecam Yahudi dan George Soros sebagai penyangak matawang malah berani juga mengecam Media-Media Barat seperti WSJ, Sarawak Report, Bloomberg, begitu juga DOJ. Menggambarkan DAP terutama Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sebagai racist, pengkhianat dan pencetus perkauman..!!

Tu dululah. Sekarang, dan apabila sudah bercumbu rayu dan memadu kasih bersama DAP serta Pakatan Songsang PH, DIA tutup mulut bila Soros Si Yahudi yang dia gelar sebagai penyangak matawang dahulu, sponsor geng dia, Segalanya dah halal beb. Malah DIA kini mempercayai dan menggunapakai pula laporan serta berita-berita tangkap muat WSJ, Sarawak Report, DOJ, Bloomberg yang dahulunya begitu menjadi kebenciannya yang teramat sangat apabila media-media inilah yang selalu melaporkan tentang salahlaku serta penyelewengannya ketika mentadbir dahulu. Dan kini, Kit Siang dan DAP tidak lagi racist, bukannya pencetus perkauman, kerana dimatanya kini hanya Perdana Menteri, hanya UMNOBN sahaja yang menjadi matlamat busuknya untuk dijatuhkan, dihancurkan hanya kerana kehendaknya yang telah dinafikan sedangkan DIA terlupa bahawa UMNOBN inilah yang selama ini telah menjulangkan namanya gah dalam arena kepolitikan negara serta dunia.

Sorrylah Madey and The Gang. Akar umbi UMNO dan BN serta sebahagian rakyat yang mahu berfikir secara lebih matang ini masih tetap setia memperjuangkan parti, masih tetap percaya kepada kemampuan UMNOBN ini dalam menerajui negara Malaysia tercinta ini. Tiada apapun sebenarnya yang mampu dibanggakan terhadap parti kamu Munge dan sekutu2 kamu didalam Pakatan Songsang itu yang sedari dulunya hanya menggunakan fitnah2 jahat sebagai santapan dan rempah ratus dalam memperjuangkan agenda politik peribadi bukannya seratus peratus memberikan khidmat serta kebajikan buat rakyat negara ini secara keseluruhannya. Simpan ajalah penipuan agenda Nak Selamatkan Malaysia itu kerana sebahagian rakyat Malaysia ini tak mudah untuk di acah atau terperangkap dengan lakonan palsu dan drama murahan yang kamu dan Pakatan Harapan cipta serta momokkan. Hanya UMNOBN,Dulu,Kini Dan Selamanya buat Negaraku Malaysia, In Sha Allah. Semoga dipermudahkan..!!

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment