ANDA FIKIR FIKIRKAN LAH!!!! DAP BERKUASA, MELAYU DAN ISLAM TERKUBUR

Sekiranya BN kalah dalam menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 negara akan jatuh ke tangan DAP yang bersikap rasis melampau dan gemar mempolitikkan agama serta sensitiviti kaum di negara Malaysia.

Apabila DAP berkuasa, orang-orang Melayu akan kehilangan hak keistimewaan dan kekuasaan kerana:

1. Termasuk institus-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap begitu sahaja.

2. Institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.

3. Dalam Perlembagaan DAP tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.

4. Institusi-institusi berkaitan dengan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekehkan dan dicabar kewujudannya.

5. Di Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah oleh pakatan pembangkang sejak tahun 2008, tidak ada perubahan besar yang berlaku kepada orang Melayu dan agama Islam.

6. Jika ada agenda mengenai hak kaum Melayu dan Buniputera dibincangkan pastinya DAP akan mempertikaikan hal ini kerana DAP mementingkan hak kesamarataan antara kaum yang harus diperjuangkan terlebih dahulu sebelum membicarakan nasib sesuatu kaum.

Bagi kita yang melihat masa depan akan datang sudah pasti kita tidak akan membenarkan DAP memerintah negara Malaysia, sebaliknya bagi orang Melayu yang menyokong pembangkang mereka hanyalah mempunyai satu matlamat mahu menjatuhkan dan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Orang Melayu akan hilang tempat bergantung harap, akan tersungur dan tertiaraplah menjadi hina, merempat, mengemis bahkan terbangsat di tanah sendiri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment