AKHIRNYA DAP TOLAK CADANGAN MAHATHIR UNTUK 1 LOGO, 1 NAMA

DAP menolak cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya gabungan itu mengikut acuan Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu menang pada PRU-14 nanti.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya disebut semula kerana PH sememangnya mengambil keputusan secara bersama dalam apa juga keadaan.

“Memang dalam PH kita buat keputusan melalui perbincangan. Selepas kita kerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), semangat ini akan diteruskan tidak timbul kita akan ikut acuan BN tetapi dalam PH memang budaya sebegitu sudah dibentuk,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut membuat lawatan di bilik media di Parlimen hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM sebelum ini berkata, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan sebagai sebuah gabungan dan tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat perbezaan pendapat.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kaedah BN digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

Berbeza dengan gabungan pembangkang yang tidak pernah bersatu secara serius, sebaliknya lebih suka menonjolkan parti masing-masing, katanya.

“Dalam PH sebelum ini kita memang ada konsensus bahawa apa-apa keputusan perlu dibuat secara bersama dan tidak timbul soal banyak pertelingkahan antara parti,” katanya menjawab kenyataan bekas perdana menteri itu.

Lebih menarik, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PH digesa agar tidak bergerak berasingan dalam pelbagai aspek bagi mencerminkan gabungan itu mampu untuk menggantikan BN.

Ujarnya perpecahan dalaman yang berlaku dalam parti-parti pembangkang ini dilihat punca rakyat menolak pembangkang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment