AHLI PAN KELANTAN JUGA DAPAT PENYAKIT ‘MISTERI’ SEPERTI DAP?

Walaupun parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) cuba menunjukkan parti itu kuat dan mampu memberi saingan sengit kepada PAS, namun parti itu saban hari dilihat seperti tiada arah tujuan dalam perjuangan.
Belum pun berusia dua tahun, PAN dikatakan berdepan dengan krisis identiti. Ini dapat dilihat apabila semakin ramai ahli dan penyokong parti itu dikatakan mempersoalkan hala tuju perjuangan parti itu.
Terbaru penyokong parti itu di Dun Wakaf Bharu, Tumpat mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PAN.
“Hari ni ambo nak umumkan… ambo keluar dari PAN. Ambo lihat PAN tiada prinsip perjuangan. Pada awal penubuhan ambo diberitahu parti itu akan melawan BN.
“Namun ambo tidak nampak pemimpin PAN serang BN sebaliknya banyak serang PAS. Ambo pula diberitahu PAN akan bertanding di kerusi PAS yang boleh memberi kemenangan mudah kepada BN.
“PAN mahu pertandingan tiga penjuru. Ambo juga tengok PAN tidak konsisten dalam perjuangkan Islam. Mereka membiarkan Siti Kasim menghina Islam,” kata seorang penyokong PAN yang dikenali Ahmad Shari di laman sosialnya.
Namun jika dilihat statusnya sebelum itu, beliau mendakwa 30 ahli PAN di Wakaf Bharu hendak ikhtiar hilang kepercayaan kepada parti terbabit.
Manakala di Rantau Panjang sebelum ini, seorang aktivis PAN juga meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Jeli.
Difahamkan, aktivis terbabit sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat PAN Kelantan, Datuk Husam Musa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana