ADUN BN Tungku,Sabah Datuk Suhaili Said meninggal dunia

Datuk Mohd Suhaili Said, 56, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tungku dalam Parlimen Silam Sabah, meninggal dunia petang Jumaat di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
 
Allahyarham yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Dayang Sofia Datu Jamiuddin bersama anak-anaknya kira-kira pukul 3.10 petang.
 
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut tiga hari lalu ketika menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di Kuala Lumpur.

Beliau dikatakan mengidap kanser hati.
 
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Remang, Tungku, Lahad Datu.
Pada pilihanraya umum ke 13 Allahyarham menang dengan majoriti 5,484 undi selepas menewaskan empat calon lain iaitu Johani Abd Halim dari PKR, Datuk Shuaib Mutalib dari Parti Maju Sabah (SAPP), Johan Nul dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan calon bebas, Tsen Yun Fah @ Mohd Azlan Tsen Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana