Ada yang cuba cemar imej MB Perak sebar beliau tawar pakej Haji RM39.000

Kalau difikirkan memang tidak lojik sebaran palsu ditularkan di aplikasi WhatsApp.Mana ada pejabat Menteri Besar yang menyediakan pakej Haji.
 
Nampaknya Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terkena mainan pihak tertentu ini konon pejabatnya menyediakan pakej haji bernilai RM39,500.
 
Ahad beliau menafikan sebaran berkenaan.
 
"Jangan mudah terpedaya kerana mesej ini memberi gambaran yang boleh memesongkan dan seolah-olah ada kaitan dengan saya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan Pulau Pangkor oleh Jabatan Kerja Raya di Lumut.
 
Zambry berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengenai perkara tersebut dan menganggap mesej itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
 
"Nasihat saya berhati-hati kerana saya tidak pernah membenarkan mana-mana pihak menggunakan sebarang pakej yang berkaitan dengan Pejabat Menteri Besar untuk menunaikan haji,”katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment