10 PAS Kawasan P.Pinang Kemuka Usul Putus Hubungan Dengan PKR

Selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, lapan kawasan lain turut mengikut langkah sama.
Lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.
"Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan," katanya ketika dihubungi, di sini Ahad.
Beliau berkata, tiga PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka akan mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan. 
Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei di Kedah. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana