ZAID SERTAI DAP, MAKA SAYA HILANG TAKHTA ‘RAJA KATAK’, UJAR IBRAHIM

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali secara berseloroh berkata kesal kerana bukan lagi “Raja Katak” dalam politik negara.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP minggu lalu.
 
“Saya begitu kesal sebab mahkota ‘Raja Katak’ sudah dirampas daripada saya. Inilah yang membuatkan saya gembira, memegang gelaran ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
 
“Ini sahaja yang saya ada, tetapi ia dirampas daripada saya,” katanya ketawa.
 
Pada 7 Februari lalu, Zaid yang pernah menjadi ahli Parlimen Kota Bharu membuat kemunculan semula dalam politik dengan menyertai DAP, parti ke-4 yang disertainya selepas Umno, PKR, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
 
Pada majlis itu, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berpesan agar Zaid kekal lama dalam parti itu, manakala penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan keyakinannya yang beliau akan menjadi “rakan sepasukan” dan bukannya “primadona”.
 
Menukar nada, Ibrahim kemudian mengucapkan “selamat berjaya” kepada Zaid dan berkata DAP adalah parti paling sesuai dengannya.
 
“Mengenalinya sebagai kawan, DAP adalah parti yang sesuai untuknya dari segi pemikiran dan budaya hidupnya serta apa diperjuangkan DAP.
 
“Dan jika diberi peluang bertanding, Zaid boleh menang walaupun di kawasan majoriti pengundi Cina,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana