ZAID ‘LANTIK’ DR M SEBAGAI KETUA UMUM PH, DAP PULA KATA TIDAK

Datuk Zaid Ibrahim percaya Tun Dr Mahathir Mohamadlah pemimpin teratas pembangkang sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

Hanya bekas perdana menteri itu dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika bekas timbalannya masih meringkuk di penjara Sungai Buloh.

“Saya rasa beliaulah pemimpin [umum] sekarang. Hanya beliau pemimpin yang ada pendapat, kuat dan berpengalaman luas,” kata Zaid kepada sebuah laman portal berita.

“Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira.”

Namun pemimpin DAP tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa Pakatan Harapan mempunyai “persetujuan senyap” untuk mengangkat Dr Mahathir sebagai tokoh teratas mereka.

Gobind Singh Deo, seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu yang baru disertai Zaid, menegaskan tiada perbincangan tentang kedudukan Dr Mahathir.

“Saya rasa pelik Zaid membuat pengumuman itu sebagai anggota DAP tanpa merujuk kepemimpinan parti. Beliau sepatutnya lebih arif,” katanya kepada media.

Gabungan pembangkang masih menganggap Anwar sebagai pemimpin teratas mereka dan calon perdana menteri.

Sebahagian mereka juga masih tidak selesa dengan Dr Mahathir, perdana menteri yang sering dikecam sepanjang 22 tahun pentadbirannya hingga 2003.

Namun, apabila Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai gerakan pembangkang, bekas presiden Umno ini dilihat mempunyai kekuatan dalam menentang Barisan Nasional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana