Zaid ditegur kerana mendakwa Mahathir pemimpin de fakto pembangkang

KUALA LUMPUR: Pembabitan awal Datuk Zaid Ibrahim dalam DAP bermula dengan pengalaman pahit apabila beliau ditegur oleh seorang pemimpin kanan parti hari ini.
Ahli Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP Gobind Singh Deo membidas Zaid kerana mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah pemimpin de fakto pembangkang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Gobind menegur Zaid yang baru menyertai DAP pada Selasa lalu, kerana mendakwa terdapat “persetujuan senyap” di kalangan pakatan pembangkang bahawa Dr Mahathir kini ada pemimpin sebenar.
“Saya ini nyatakan dengan sejelas-jelasnya di sini bahawa tiada persetujuan senyap seperti yang didakwakan. Perkara ini tidak pernah dibincang atau dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP.”
Gobind berkata, Zaid sepatutnya merujuk kepada parti sebelum membuat kenyataan begitu.
“Saya berasa pelik mengapa Zaid membuat kenyataan itu sebagai seorang ahli DAP tanpa merujuk kepada kepimpinan parti.
“Beliau sepatut faham bahawa Jawatankuasa Pusat Eksekutif yang membuat keputusan bagi pihak DAP dan tiada keputusan berupa demikian sudah dibuat,” kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.
Zaid dipetik sebagai berkata dalam satu laporan bahawa Dr Mahathir adalah “kini pemimpin de fakto pembangkang.”
“Kita ada pemimpin. Ia tidak dinyatakan atau diuar-uarkan. Tetapi Mahathir ialah pemimpin de fakto dan saya selesa dengannya,” kata Zaid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana