ZAID DIBIDAS DAP DENGAN MENDAKWA MAHATHIR KETUA DE FACTO PEMBANGKANG

Seorang pemimpin DAP menafikan bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua de facto pembangkang.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo hari ini memetik ahli DAP terbaharu, Datuk Zaid Ibrahim, yang dilaporkan berkata ada “persetujuan senyap” dalam kalangan pakatan pembangkang bahawa Tun Mahathir ketua de facto semasa.
“Saya mahu nyatakan secara jelas tidak pernah ada persetujuan senyap seperti yang didakwa. Tidak pernah sesuatu seperti itu dibincangkan atau dipersetujui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP,” kata Gobind dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus laporan disiarkan.
“Saya hairan mengapa Zaid sebagai ahli DAP membuat kenyataan seperti itu tanpa merujuk kepada kepimpinan parti. Beliau sepatutnya lebih tahu. CEC yang menentukan bagi pihak DAP dan tidak pernah buat keputusan seperti itu.”
Terdahulu, media tempatan melaporkan Zaid sebagai berkata bekas perdana menteri itu satu-satunya pemimpin sekarang ini yang mempunyai kewibawaan untuk menyatukan dan mengetuai pembangkang dengan ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hari ini menjalani tahun kedua hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat.
“Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira,” kata Zaid menurut laporan itu.
Pakatan pembangkang yang Zaid sebutkan itu dipercayai kerjasama antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pada Selasa, Zaid secara rasmi menyertai DAP.
Beliau mengumumkan kemasukannya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Dr Mahathir dan pemimpin Amanah Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana