UMNO Selangor tolak surat perletakan jawatan Jamal...serah keputusan pada MT UMNO

Mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor petang Isnin menolak surat peletakan jawatan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. 
Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar memberitahu keputusan berkenaan adalah sebulat suara. 
Beliau memberitahu wartawan di ibupejabat UMNO Selangor di Shah Alam keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua perkara.
Noh berkata kuasa untuk menentukan kedudukan Jamal terletak kepada Presiden, Datuk Seri Najib Razak, dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.  
Jamal telah mengemukan surat letak jawatan untuk jaga nama baik UMNO selepas beliau dibebaskan dari tahanan reman untuk siasatan kes serbuan keatas pusat judi haram.
Menurut Noh Jamal antara orang penting menggerakkan jentera BN sehingga mencapai kemenangan memberangsangkan pada pilihanraya kecil kawasan parlimen Sungai Besar. 
"Malah, Jamal antara individu yang bersungguh-sungguh meminta kerajaan berusaha membebaskan nelayan di Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia. 
"Jadi, kita berharap MT UMNO akan mempertimbangkan semua perkara ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana