‘ULTRA KIASU TAK LAYAK DUDUK DI NEGARA INI JIKA TAK FASIH BAHASA MELAYU’

Rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu tidak layak tinggal di negara ini, dan sepatutnya dihantar pulang ke tempat asalnya, kata pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata, jika peluang sudah diberi untuk belajar dan fasih berbahasa Melayu, tetapi mereka masih enggan maka sudah tiba masanya kewarganegaraan ultra kiasu itu dibatalkan saja.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi ismaweb.net hari ini bagi mengulas kenyataan seorang mahasiswa Jepun yang terkejut apabila mendapati ada rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Malu dan kesal dengan hal itu, beliau berkata:

“Tidak ada dalam sejarah negara dunia, yang mana rakyatnya tidak tahu berbahasa bahasa kebangsaan atau bahasa negara masing-masing.

“Ia hanya berlaku di Malaysia. Negara yang begitu caca merba dalam menangani agenda negara atau nasional. Kita lebih memandang tinggi bahasa asing daripada bahasa sendiri yang merupakan bahasa negara.”

Mengulas lanjut Dr Ridhuan Tee berkata, beliau pernah membangkitkan perkara ini, malangnya pihak berkuasa hanya mengambil remeh hal tersebut, sebaliknya mementingkan undi dan politik semata-mata.

“Apakah kita tidak sedar akan implikasinya kepada masa depan negara. Sampai bila mahu berpolitik. Politik yang tidak pernah menguntungkan agenda negara. Tetapi lebih kepada untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.

“Bahasa bukan setakat bahasa, ia melibatkan banyak perkara bersangkutan dengan semangat patriotisme, kesetiaan rakyat dan sebagainya. Ia bukan perkara kecil seperti yang disangkakan orang politik.

“Apabila tidak tahu bahasa Inggeris dan Mandarin, menjadi satu kerisauan besar. Tetapi bila langsung tidak tahu bahasa negara, tiada siapa kisah. Apakah kita sedang membina negara atau membina empayar politik?” katanya.

Jelasnya, beliau yakin golongan yang tidak boleh menguasai bahasa Melayu ini adalah bukan daripada kalangan penyokong kerajaan, tetapi kelompok pembangkang tegar anti-Islam.

“Sepatutnya tidak ada tolak ansur dalam perkara ini. Tetapi itulah Malaysia. Tolak ansurnya sangat tinggi tetapi langsung tidak dihargai, hatta menjadi semakin ultra kiasu.

“Saya tidak boleh bayangkan jika ultra kiasu memerintah, kedudukan BM akan menjadi langsung tidak ada tempat kerana mereka sudah pun menyuarakan untuk berbahasa Inggeris di dalam Parlimen,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana