TUNKU AZIZ DIFAILKAN SAMAN FITNAH OLEH MUKHRIZ...BANYAK DUIT TAK ADA HAL PUNYA

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap bekas Naib Pengerusi DAP Tungku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana mendakwa wujud perjanjian sulit di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh DAP Lim Kit Siang pada lewat Disember dan bulan lalu.

Saman yang difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini melalui firma Haniff Khatri, lapor Malaysiakini.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mukhriz berkata, Tunku Aziz telah mendakwa Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dan Kit Siang telah membuat perjanjian sulit bagi menjadikan Mukhriz perdana menteri dan Kit Siang timbalan perdana menteri jika parti pembangkang memenangi pilihan raya umum.

Mukhriz mendakwa tuduhan berkenaan bermakna beliau terbabit dalam perjanjian sulit itu, tidak ikhlas serta terbuka dari segi politik dan bertindak tanpa pengetahuan anggota pembangkang untuk mewujudkan pakatan sulit bagi membolehkan dirinya menjadi PM serta Kit Siang sebagai TPM.

Kenyataan dikeluarkan oleh Tunku Abdullah juga bermakna Mukhriz tamatkan kuasa, mengkhianati kepercayaan pengundi serta rakyat dengan merahsiakan rancangan itu, tidak berprinsip atau moral dan seorang ahli politik yang menyokong tindakan bapanya.

Sebelum ini, Mukhriz berkata, beliau telah memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan setiausaha akhbarnya Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana menuduh beliau serta Mahathir telah berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Mukhriz juga telah membuat akuan bersumpah dalam satu afidavit semua tuduhan dalam konspirasi tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana