TUN M KINI "LIABILITY"

Menurut Tun M, masa dia jumpa Anwar di Mahkamah 10 Febuari lalu mereka bincang pasal PAS. "Kita ada bincang (pasal penyertaan PAS) sebab dia (Anwar) pun hairan, Ustaz Hadi yang jadi masalah sebab tak mahu jumpa langsung....tak tahulah mungkin dia (Hadi) pembesar, jadi tak boleh jumpa (Presiden PPBM) Tan Seri Muhyiddin. Jadi payah nak cakap" katanya.
Nampaknya Tun M terpaksa mengadu kepada Anwar kegagalan beliau memujuk PAS kembali menyertai Pakatan Harapan. Tun M terdesak mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru di PRU ke 14. Mungkin Tun M minta Anwar pujuk PAS. Hanya Anwar barangkali boleh melembutkan hati Ustaz Hadi dan PAS sebagaimana usaha Anwar menyatukan PAS, DAP dan PKR semasa PRU ke 13.
Kenyataan sinikal Tun M menuduh Ustaz Hadi berlagak "pembesar" kerana tidak mahu berjumpa TS Muhyiddin Yassin sudah tentu mengguris hati penyokong PAS. Memberi tempoh sebulan umpama memberi kata dua kepada PAS. Tetapi apa hak Tun M memberi kata dua tersebut. Bila masa pula Tun M menjadi jurucakap Pakatan Harapan.
Memang wajar pun Ustaz Hadi enggan berjumpa TS Muhyiddin. Hadi pun tahu, Muhyiddin hanyalah boneka walaupun dia Presiden parti. Tun M adalah Pengerusi parti PPBM tetapi nampaknya lebih berkuasa daripada Muhyiddin. Dia buat kenyataan, dia jumpa Anwar, dia jumpa Lim Kit Siang dan umum Lim Kit Siang bakal TPM. Sudah tentu Muhyiddin kecil hati. Pastilah ahli parti juga kecewa kerana ada kenyataan Tun M yang dianggap "backfire" dan "U Turn".
Tun M masih dibelenggu dengan sifat autokratik dan kuku besi beliau. Lim Kit Siang pula menganggap dirinya adalah Ketua de facto pembangkang. Pasti satu hari nanti Tun M dan Lim Kit Siang akan bercakaran sesama sendiri.
Sebenarnyan kehadiran Tun M tidak membantu sokongan berganda kepada
sesiapa. Seperti tidak membantu usaha DAP mendapatkan sokongan Melayu. Sebab itu empat wakil rakyat DAP di Melaka keluar parti. Ustaz Hadi sudah menghidunya. Matlamat menjadikan Tun M sebagai aset kini bertukar menjadi "liability".
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment