Tun M Bukan Ketua Umum Pembangkang - Gobind Read ....Marah Betul Dia pada Zaid

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo menafikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ketua 'de facto' pembangkang.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan pada Jumaat yang memetik bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa terdapat ‘persetujuan senyap’ dalam pakatan pembangkang bahawa Dr Mahathir merupakan ketua umum pembangkang.

“Saya ingin nyatakan secara jelas bahawa tidak ada persetujuan senyap seperti yang didakwa. Tidak pernah ada sesuatu seperti itu dibincangkan atau dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Saya hairan mengapa Zaid membuat pengumuman itu sebagai ahli DAP tanpa berunding dengan kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Gobind berkata, Zaid sepatutnya lebih mengetahui bahawa CEC yang membuat keputusan bagi DAP dan tiada pernah ada keputusan dibuat mengenai perkara itu.

Pada Jumaat, Zaid dilaporkan berkata: “Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira.”

Selasa lalu, Zaid menyertai DAP sebagai ahli biasa. Ia merupakan parti politiknya yang keempat selepas Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana