TIADA MENTERI LETAK JAWATAN, KECUALI AZMIN BERANI DEDAH NAMA? – NAJIB RAZAK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan khabar angin yang disebarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali yang kononnya terdapat menteri kanan akan meletakkan jawatan.

“Tiada seorang menteri pun yang memaklumkan kepada saya untuk berhenti.

“Saya agak Azmin cuba mencipta penipuan dan membuat kekacauan kecuali beliau boleh mendedahkan nama (menteri berkenaan),” kata perdana menteri di dalam tweet terbaharunya malam ini.

Azmin menerusi akaun Twitternya tadi mendakwa seorang menteri kanan kerajaan telah meletakkan jawatan kerana tidak mahu terlibat dengan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya, beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana