Taksub berkuasa, Dr M tak nampak ‘hantu’ DAP

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin sudah terlalu taksub untuk berkuasa sehingga tidak mampu membandingkan yang mana ‘hantu’ atau yang mana manusia.
Exco Pemuda PAS Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata meskipun Tun Mahathir menganggap DAP bukan ‘hantu’, namun perlu diingatkan parti itu boleh ‘menyerupai’ apa sahaja mengikut kehendak politik mereka.
“Tun Mahathir kena ingat, hantu ni dia boleh berupa. Contoh pontianak yang menyeramkan boleh berupa jadi gadis cantik, malah dia akan hisap darah kita dalam keadaan rupa cantik dia tu.
“Tambah-tambah orang yang sudah lanjut usia macam Tun Mahathir, yang sudah kelabu mata, lagi tak nampak dengan jelas rupa sebenar hantu itu (DAP),” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyatakan DAP bukanlah seburuk yang disangka, malah lebih baik berbanding MCA yang lebih bersifat perkauman.
Menurutnya, bukti jelas di depan mata apabila DAP memerintah Pulau Pinang, dan bagaimana dengan nasib Melayu di sana yang disisihkan sedikit demi sedikit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana