Tak perlu beri tempoh, PAS takkan sertai PH...Ingat Madey ini Boss Besar Kah

AMPANG: PAS menegaskan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh masa kepada parti itu terhadap penyertaan mereka dalam Pakatan Harapan (PH). 
 
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dasar PAS sangat jelas iaitu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
 
“Tak perlu tunggu sebulan dengan BERSATU (PPBM). Kita sudah ada dasar. Dasar (kita) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
 
“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tak ada hubungan dengan mereka.
 
“Tak perlu tunggu (PPBM) . Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang hari ini.
 
Hadi berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai PH ataupun tidak
 
Hadi turut menolak untuk berjumpa dengan Dr Mahathir untuk berbincang mengenai perkara itu memandangkan PPBM mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
 
Malah jelasnya, PAS akan membuat keputusan mengenai hubungan dengan PKR dalam Muktamar yang akan diadakan pada 28 April ini di Alor Setar.
 
“PKR pun kita akan buat keputusan masa Muktamar nanti,” katanya.
 
Namun PAS masih berteka-teki mengenai sama ada akan meneruskan hubungan dengan PKR atau tidak.
 
“Itu akan lihat bila tiba masanya,” katanya.
 
Hadi ketika ditanya adakah PAS boleh bekerjasama dengan pakatan pembangkang seperti dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di tahun 1990 berkata:
 
“Masa tu tak timbul masalah, (sekarang ni) menentang secara secara terbuka, masa itu tak ada kerjasama dengan DAP, kita dengan Semangant46 sahaja.
 
“Kita ada dasar yang tak kerjasama dengan parti tentang Islam dan yang ada hubungan dengan parti yang menentang Islam,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment