Tajuddin membela diri... nafi bersikap perkauman

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau bersifat perkauman sebaliknya menjelaskan tuduhan itu dimulakan pembangkang dengan disokong media sosial.
Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Pasir Salak berkata sebagai seorang  ahli Parlimen, beliau tidak pernah membezakan ataupun  mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.
Tajuddin menjelaskan beliau melayan semua penduduk dalam kawasan Parlimennya tanpa mengira bangsa malah penduduk di kawasan Pasir Salak sudah mengenali dirinya.
Pun begitu beliau berkata terdapat segelintir  pihak terutamanya parti lawan berusaha sedaya upaya cuba menonjolkan imejnya sebagai individu yang bersikap perkauman.
Katanya “media sosial  dan media juga memainkan isu ini... hakikatnya tidak benar. Tanyalah kepada orang-orang tempatan menenai saya kerana kami sentiasa mengadakan hubungan  baik.”
Dalam konteks ini Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yakin masyarakat Cina di kawasan itu akan terus memberikannya sokongan berasaskan sokongan pengundi Cina dalam pilihanraya umum lalu dimana hampir 30 peratus daripada mereka mengundinya.
Walaupun demikian katanya pihak  pembangkang gagal meracuni pemikiran pengundi di kawasannya. Isu dengan menuduh beliau sebagai rasis ternyata gagal melekat di hati pengundi Cina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana