RUU355: BEBAS gesa Ahli Parlimen undi 'tidak' Mac ini...Melayu Islam Dia Ini Kah?

SHAH ALAM: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri sebagai BEBAS hari ini menggesa semua wakil rakyat mengundi 'tidak' terhadap usul yang akan dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan mahkamah syariah. 
 
Hadi bakal membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) pada sidang parlimen, Mac depan. 
 
Dalam satu kenyataan, BEBAS berkata ahli Parlimen tidak boleh mendiamkan diri dengan bersikap berkecuali atau tidak hadir ke Parlimen ketika pengundian dijalankan. 
 
"Sekiranya YB berdiam diri atau menyokong pindan RUU355 ini, bahawa bermakna bahawa YB membolehkan ketidakadilan belaku terhadap setiap komuniti YB sendiri," kata badan itu.
 
BEBAS juga mengulangi hujah bahawa 'pemerkasaan' kuasa Mahkamah Syariah hanya akan melebarkan jurang perbezaan antara layanan dari segi undang-undang terhadap mereka yang beragama Islam dan mereka yang bukan Islam.
 
"Sebagai sebuah negara majmuk kaum dan agama, kami berpendapat bahawa prinsip keadilan sosial yang paling penting adalah untuk semua warganegara Malaysia dilayan samarata di sisi undang-undang. 
 
Malah dakwa NGO itu lagi, Hadi sejak mencetuskan usul berkenaan, tidak sekalipun menyokong usul beliau dengan bukti kukuh potensi keberkesanan cadangan pindaan Akta 355. 
 
"Sebagai anggota Parlimen dan wakil rakyat, sebarang perubahan polisi atau undang-undang hendaklah berdasarkan bukti keberkesanan hasil penyelidikan atau eksperimen oleh ahli akademik universiti ternama dunia, ataupun telah dilaksanakan di negara-negara lain dan mempunyai impak positif kepada masyarakat.
 
"Kami difahamkan bahawa tujuan asal RUU 355 adalah untuk mengurangkan kejadian jenayah sosial dan masyarakat. Kami menegaskan bahawa memberikan hukuman yang lebih berat berbentuk punitif adalah tidak berkesan sama sekali.
 
"Kami berpendapat bahawa melihat kepada konsep menghukum semata-mata tanpa usaha untuk rehabilitasi dengan cara baik dalam bidangkuasa Mahkamah sedia ada adalah tidak berkesan. Penambahan hukuman tidak akan menjamin pengurangan pesalah-pesalah jenayah Syariah baru atau pesalah ulangan," kata BEBAS.
 
Badan itu sebaliknya tampil dengan cadangan supaya kerajaan mencontohi Norway, Sweden, Sepanyol dan Belanda yang mempunyai kadar jenayah sangat rendah sehingga penjara ditutup atau ditukar menjadi rumah perlindungan pelarian.
 
Badan itu malah membuat perbandingan dengan negara barat yang mana mencapai piawaian Indeks Ekonomi Islamik berbanding negara Islam sendiri. 
 
"Mengikut hasil penyelidikan Houssain Askari, ahli akademik daripada Universiti George Washington bertajuk Indeks Ekonomi Islamik mendapati bahawa berdasarkan kajian lebih 208 buah negara, Ireland adalah negara paling Islamik di dunia.
 
"Melihat kepada Indeks Ekonomi Islamik, 10 negara teratas di mana polisi dan pencapaian negara yang mencerminkan ajaran ekonomi Islam adalah - Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapore, Finland, Norway, dan Belgium.
 
"Antara semua negara Islam di dunia, Malaysia di tangga teratas Negara Islam di No. 33, Kuwait kedua di Tangga No. 48. 
 
"Kenapa Malaysia hendak melihat kepada negara-negara yang gagal seperti Arab Saudi, Nigeria, Zimbabwe dan sebagainya yang dirujuk sebagai negara Islam yang mengamalkan hukuman Syariah yang dikehendaki?," soal badan itu.
 
BEBAS sebelum ini mengumumkan akan menganjurkan himpunan balas bagi menunjukkan bantahan terhadap usul Hadi. 
 
Perhimpunan itu akan diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan 355 anjuran secara bersama oleh PAS, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis, pada 18 Februari ini.
 
Himpunan balas oleh BEBAS itu dijangka diadakan di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment