PERTANDINGAN FOTO BIKINI DI BANDAR BARU BANGI DIBATALKAN

Pertandingan fotografi berbikini di Bangi, walau tidak disertai wanita Islam, dibatalkan selepas mendapat bantahan Pemuda PAS.

Taman tema air Bangi Wonderland mengambil langkah itu setelah penganjur acara tersebut, sebahagian Supermodel International Malaysia 2017, membatalkannya.

Penganjurnya I Creative Event enggan mengulas lanjut sewaktu dihubungi sebuah portal berita pada hari ini.

Pemuda PAS Serdang semalam membantah pertandingan tersebut, dengan alasan ia bertentangan dengan nilai penduduk setempat yang majoriti beragama Islam.

Pertandingan Supermodel International Malaysia 2017 akan menampilkan 20 peserta akhir. Tiada peserta yang beragama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana