PAS setuju gesaan UMNO, DAP tak perlu sibuk

PAS bersetuju dengan gesaan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said supaya DAP pulau Pinang menghentikan campur tangan berhubung urusan umat Islam di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata ini kerana keputusan tentang urusan agama adalah hak pihak Majlis Fatwa dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan oleh DAP.

Tambahnya lagi meskipun DAP merupakan kerajaan di negeri Pulau Pinang, mereka sepatutnya menggunakan Exco Agama sebagai saluran untuk memberi pandangan berhubung isu agama dengan pihak Majlis Fatwa.

“DAP sepatutnya menghentikan campur tangan dalam urusan yang berkaitan dengan hal agama sebab ia adalah kerja dan tanggungjawab Majlis Fatwa.

“Kalau kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan keputusan itu sekalipun, mereka boleh menghantar Exco Agama sebagaibsaluran yang tempat bagi memberi pandangan kepada Majlis Fatwa,’ katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri, Datuk Md. Salleh Ahmad dimana menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang secara jelas campur tangan dalam urusan berkenaan.

Menurut beliau, tindakan campur tangan itu sekiranya berterusan boleh mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Mengulas lanjut Nasruddin berkata bagaimanapun keputusan pihak majlis fatwa tetap mendahului yang lain meskipun terdapat percanggahan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam urusan agama.

Semalam, Md. Salleh mengesahkan wujud campur tangan dalam isu pewartaan fatwa walaupun perkara itu sebelum ini dinafikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim.

Menurut Md. Salleh, pada 2010, Abdul Malik mengarahkan jawatankuasa berkenaan supaya membincangkan semula fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan supaya ia selari dengan pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana