Nak kerjasama, PPBM kena ikut syarat PAS : Nasrudin...Madey Mahu Ikut Ker Sikap Madey Keras Kepala Orangnya

PPBM tidak perlu mempertikai sebarang syarat yang dikenakan terhadap parti itu jika ingin bekerjasama dengan PAS.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan PPBM hanya perlu berbincang sesama pimpinan mereka sama ada setuju atau tidak dengan syarat tersebut, dan kemudian menyatakan keputusan kepada PAS dengan jelas.
“Kalau kita nak buat apa-apa rundingan memang kena ada syarat. Kita ni bila nak buat sesuatu pun perlu ada syaratnya supaya mereka ikut landasan yang kita (PAS) inginkan. Kalau tidak setuju jangan sibuk nak kerjasama dengan kita,” katanya 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman yang menyatakan PAS tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat selagi rundingan kerjasama PPBM belum mencapai kata putus.
Kata Hamidah lagi, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengambil sikap ‘berjiwa besar’ apabila menyentuh tentang soal hubungan sesama pembangkang.
“Ini bukan soal siapa yang perlu berjiwa besar, tapi soalnya mereka perlu ikut apa yang kita nak jika ingin teruskan kerjasama dengan PAS, ” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana