Menteri Sabah nafi dakwaan Azmin, Anifah tak letak jawatan

KOTA KINABALU: Dakwaan tersebar di beberapa blog dan laman sosial yang mendakwa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan meletakkan jawatan, dinafikan pemimpin Umno di Sabah. 
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi laman Twitter berkata, Anifah sendiri menafikan beliau adalah menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan. 
Malah, Masidi yang juga Ketua Umno Bahagian Ranau memuat naik gambar beliau bersama Anifah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang duduk semeja dalam satu majlis di sini, malam tadi. 
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menimbulkan persoalan menerusi Twitter beliau apabila menyatakan benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan. 
Peletakan jawatan itu didakwa kononnya ada kaitan dengan isu 1MDB. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi balasnya malam tadi, menyifatkan Mohamed Azmin sekadar mahu menarik perhatian dengan berbohong, berhubung dakwaan peletakan jawatan oleh seorang menteri. 
Perdana Menteri menerusi kenyataan ringkas, dalam akuan Facebook dan Twitter, menegaskan tiada seorangpun menteri memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan. 
"Saya menganggap Azmin memberitahu sesuatu yang tidak benar untuk menarik perhatian, lainlah dia menyatakan nama menteri berkenaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana