Mahathir simpan kuku dalam isu kerjasama dengan PAS?

Adalah menarik memerhatikan gelagat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tempoh terdekat ini berhubung usaha untuk menjalin kerjasama dengan PAS menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 14.
Ini kerana meskipun bersetuju pada asasnya pendekatan “satu lawan satu” dalam menentang Umno-BN, PAS dilihat meletakkan pelbagai syarat dan teori kerjasama dengan PPBM.
Sudah tentu Mahathir kurang selesa dengan protokol ini. Pengamat caragaya politik Mahathir sudah pasti akur bahawa agar sukar memujuk apatah lagi “memaksa” beliau bersetuju dengan keadaan di mana beliau tidak “menerajui keadaan”.
PAS mahu semua parti yang hendak bekerjasama dengannya supaya menghormati prinsip perjuangannya untuk Islam jadi landasan pentadbiran negara.
Malah PAS sering mengingatkan bahawa ia tidak mahu mana-mana kerabat politik mencampuri prinsip al Quran dan hadis yang hendak diterapkan dalam pentadiran negara.
PAS juga mensyaratkan kerjasama politik yang hendak dijalin dengan PPBM dan juga rakan tahaluf siayasinya, PKR, tidak membabitkan penyertaan DAP dan parti Amanah.
Malah PAS, juga menawarkan supaya PKR dan PPBM menyertainya dalam blok politik ketiga -- Gagasan Sejahtera -- berserta Berjasa dan Parti Ikatan Rakyat Malaysia menjadi satu koloborasi politik baru menghadapi PRU 14.
Sehubungan itu, PAS melontarkan idea supaya Amanah dan DAP yang ditinggalkan PKR dan PPBM supaya bergabung untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi untuk ditandingi kedua-dua parti itu.
Paling menikam ego Mahathir ialah apabila PAS “menggertak” PPBM bahawa kerjasama di antara PPBM dan PAS tidak mungkin terjalin jika PPBM menjadi kerabat Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Amanah dan DAP.
Ini belum mengambil kira siri serangan peribadi yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin kanan PAS terhadap Mahathir yang semakin pedas dan meningkat.
Ada yang melabel Mahathir sebagai angkuh. Ada yang kata bahawa fe’el buruk politik Mahathir adalah sentiasa mahu menjadi “taiko” dalam apa bidang sekalipun membuatkan PPBM tidak serasi dengan PAS.
Malah PAS mempersoalkan hiraki politik dalam PPBM sendiri siapa sebenarnya yang menjadi pemandu mutlaknya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjawat kedudukan presiden, atau Mahathir sendiri sebagai Pengerusi?
Namun isyarat awal daripada Mahathir ialah mengambil sikap menjauhkan diri daripada isu kerjasama ini. Mungkin baginya sudah memadai untuk beliau mengisytiharkan bahawa tempoh yang diberikan pada rundingan PAS dengan PPBM sudah luput.
Bagaimanapun beberapa pemimpin PPBM masih mahu terus berunding. Malah rundingan terakhir yang dipimpin oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz, yang ditandai oleh persetujuan PAS-PPBM mahu memperhalusi asas kerjasama disambut baik oleh PKR.
Ramuan politik yang dicerna oleh PAS menjurus pada matlamat tidak mahu Mahathir mencampuri urusan strategik kerjasama pembangkang. Namun pada masa ini Mahathir seolah bungkam dengan syarat dan teori politik PAS.
Atau, mungkinkah Mahathir menyimpan “kuku politiknya” supaya PAS terus sibuk melayani PPBM dan juga Pakatan Harapan dan lantas “melalaikannya” memberi penjelasan tuntas pada rakyat prinsip barunya – “budaya politik matang dan sejahteranya”?
Dalam kerangka budaya politik baru ini, PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik sekalipun “jika kerjasama itu mampu menukar sistem pentadbiran negara kepada cara Islam”.
Ini bermakna PAS juga tidak menutup pintu untuk bekerjasama dengan Umno. PAS sebelum ini menegaskan matlamatnya bukan untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin kerajaan. Sebaliknya ia mahu menukar sistem pengurusan negara.
Mungkinkah Mahathir “mengizinkan” anaknya dan presiden partinya meneruskan rundingan demi membuat PAS “sibuk dan leka” dan akhirnya tertinggal bas Pakatan Harapan dan PPBM dan juga kenderaan politik Umno?
Dengan melewat-lewatkan PAS meluruskan pendirian politiknya, Mahathir mungkin mengharapkan rakyat akan semakin ragu dengan “keikhlasan perjuangan dan halatuju PAS” dan akhirnuya menjauhi parti Islam itu?   

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana