Madey Sound PAS...Siapa Madey Ni

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan ataupun tidak, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan Pas susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.
“Kalau Pas tak nak masuk (pakatan harapan) pun, terpulanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana PPBM-DAP di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Tun Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana